PIAGAM PELANGGAN
Memberi layanan yang saksama, telus dan mesra kepada semua pelanggan,Berusaha dengan penuh kesungguhan bagi memastikan penyediaan kemudahan program pendidikan Islam yang sistematik.
Menyediakan perkhidmatan yang cekap, tepat, cepat dan beretika disepanjang masa,Menjunjung budaya bahawa kerja adalah ibadah dan amanah yang mesti disempurnakan dengan sebaik mungkin.
Bersifat terbuka menerima pandangan, cadangan, teguran dan kritikan yang membina daripada semua pihak.Mendokong budaya kecemerlangan akademik dan sahsiah di semua peringkat persekolahan
Menentukan setiap guru dan kakitangan sokongan dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan yang terdiri daripada ibu, bapa, penjaga, masyarakat dan negara.
Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
Menentukan urusan surat menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian dengan tindakan segera, lengkap dan tepat kepada yang berkenaan.
Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif ke arah melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment