Wednesday, November 27, 2019

OBJEKTIF

Objektif Untuk melaksanakan usaha dan perancangan murni ini, kerajaan telah menetapkan dasar pendidikan seperti berikut :


"Menyedia dan memberi kemudahan pelajaran pembelajaran serta mengamalkan tuntutan fardu ain dan fardu kifayah dan meningkatkan kefahaman Islam keperingkat yang lebih tinggi daripada sudut membentuk peribadi muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah"

Saturday, November 9, 2019

PENGURUSAN



PERATURAN SEKOLAH SESI 2019

  • Waktu persekolahan - Bermula pada pukul 7: 30 pagi. Pelajar dikehendai berada dalam Dewan/Tapak Perhimpunan.

  • Kehadiran diambil - Pada waktu pertama oleh guru kelas dan juga pada setiap waktu pengajaran oleh guru-guru subjek.

  • Kelas-kelas Tambahan/Gantian - adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri.

  • Pelajar yang tidak hadir - Oleh sebab-sebab tertentu hendakal memberitahu pihak sekolah melalui surat ibubapa/penjaga atau Surat Akuan Doktor/Pegawai Kesihatan.



Kehadiran ke sekolah setiap hari persekolahan adalah diwajibkan bagi setiap pelajar mengikut ketetapan seperti di atas.



MUAT TURUN

BORANG CUTI


BORANG PENDAFTARAN MURID


BORANG KEWANGAN


BORANG GURU


BORANG RUNCIT

HUBUNGI KAMI









Panduan halatuju ke Sekolah Rendah Agama Sungai Sekamat, Hulu Langat, Kajang dengan pengangkutan awam

Laluan-laluan berikut melalui Sekolah Rendah Agama Sungai Sekamat.
Alamat           : Sekolah Rendah Agama Sungai Sekamat
                        43000 Kajang Negeri Selangor Darul Ehsan
No Telefon     : 03-8734 4573
No. Fax          : 03-
Email             :  srass@yahoo.com

Friday, November 8, 2019

MAKLUMAT GURU

Guru Pagi seramai 12 orang

Guru Petang seramai 12 orang


SENARAI GURU TAHUN 2019


  1. Puan JAMALIAH BINTI                            GURU BESAR
  2. PUAN JARINAH BINTI                             GURU GPK 1
  3. USTAZAH NOR SHIDA BINTI                  GURU GPK HEP
  4. USTAZAH ERMY BINTI                           GURU GPK KO-KURIKULUM
  5. USTAZ IMAM MAHALI BIN                      GURU AL-QURAN
  6. USTAZAH                                                 GURU SIRAH
  7. USTAZAH                                                 GURU FIQAH
  8. USTAZAH                                                 GURU TAUHID
  9. USTAZAH                                                 GURU HAFAZAN

TAKWIM


Contoh,.

PERLAKSANAAN JADUAL 2019


  • Mesyuarat PIBG

    Dari: 8 Mac 2019 Hingga: 8 Mac 2019
  • Penilaian Tahap 1**

    Dari: 7 Mac 2019 Hingga: 17 Mac 2019
  • Program Sekolah

    Dari: 15 Feb 2019 Hingga: 15 Feb 2019
  • Taklimat Guru

    Dari: 20 Jan 2019 Hingga: 20 Jan 2019
  • Program Tahsin Al-Quran

    Dari: 19 Jan 2019 Hingga: 19 Jan 2019
  • Mesyuarat Guru

    Dari: 18 Jan 2019 Hingga: 18 Jan 2019
  • Mesyuarat Kali Pertama

    Dari: 18 Jan 2019 Hingga: 18 Jan 2019
  • Kelas Tambahan Bermula Tahun 4,5 dan 6

    Dari: 9 Jan 2019 Hingga: 9 Jan 2019




GALERI

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PSRA 2019
ANUGERAH KECEMERLANGAN PSRA 2019
GERAN KECIL TEKNOLOGI HIJAU 2019
AGM KALI KE 22 DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN UPKK 2020

PENGENALAN

Amanat Guru Besar

Assalamualaikum Wrt. Wbt. dan Salam Sejahtera.


Testing..


Ya Allah.. berilah kekuatan dan kerajinan kepada anak murid kami untuk mencapai kejayaan.



Segala puji-pujian hanya kepada Allah yang maha Esa. Saya bersyukur yang tidak terhingga kerana masih diberi ruang dan peluang untuk berkongsi harapan. Kepada para pendidik dan anak-anak yang saya kasihi, semoga anda semua berada di bawah naungan-Nya dan dapat mengharungi arus pendidikan yang kian menginjak ke hadapan.

        Zaman kini, bersesuaian dengan tuntutan transformasi pendidikan negara, sekolah kita turut mengalami perubahan dalam satu fasa baru selangkah ke hadapan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah membuktikan bahawa kita mampu berdiri teguh dengan menghasilkan pelbagaian kejayaan sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Pencapaian membanggakan dalam peperiksaan penting seperti UPSRA dan UPKK merupakan satu manifestasi bahawa kita semua masih bekerja kuat dan gigih bagi memastikan kelangsungan kecemerlangan sekolah kita.

        Kepada para guru, sekalung tahniah dan rantaian penghargaan saya berikan kerana berjaya memimpin tangan anak-anak kita di sekolah tercinta ini ke arah kejayaan. Sekolah kita semakin menghampiri misi dan visi yang kita sasarkan untuk menjadi sekolah gemilang . Kita bukan saja ingin menjadikan anak-anak ini cemerlang akademik tetapi juga cemerlang sahsiah, cemerlang peribadi dan mempunyai jati diri yang utuh lagi kental untuk berhadapan dengan arus globalisasi masa ini.

        Tiada kata secantik bahasa untuk saya menyusun kata-kata, tiada gambar secantik lukisan untuk saya gambarkan perasaan. Dengan tulus ikhlas dari lubuk hati saya yang paling dalam, saya doakan kita semua sentiasa diberkati dan memperoleh kekuatan untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab kita dalam merealisasikan kejayaan anak –anak semua dengan penuh ikhlas, iltizam dan komitmen. Semoga kita semua diberkati Allah S.W.T. Amin,.


Menggilap Berlian


Puan.J
Guru Besar,
srass.

Carta Organisasi